VISI DAN MISI
JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN FASILITI
Universiti Sains Malaysia
VISI
Jabatan yang diiktiraf tahap pencapaian yang cemerlang dalam Pengurusan Pembangunan Fizikal, Pengurusan Fasiliti, Sistem Penyenggaraan dan Perkhidmatan Kemudahan USM ke arah mentransformasi pengajian tinggi untuk kelestarian hari esok.
MISI
Penerajuan dan kecemerlangan bagi menyerlahkan ekosfera fizikal dan imej Universiti, mengupayakan Universiti melalui kecekapan, keberkesanan, kualiti dan kelestarian fasiliti.
NILAI JABATAN
Integriti
Memegang teguh prinsip ketulusan dan kejujuran dalam setiap tindakan.
Kerjasama & Persefahaman
Mengamalkan semangat kerja berpasukan dan kesefahaman yang tinggi.
Penambahbaikan Berterusan
Husnul Khatimah – Mengusahakan agar kesudahannya sentiasa yang terbaik.
Mas'uliah Fardhiah
Tanggungjawab individu, amanah, sedar dan insaf – meyakini Allah SWT sentiasa melihat kita.
PELAN STRATEGI
SEKSYEN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Hala Tuju Strategik
Seksyen Kejuruteraan Elektrik
Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti • Universiti Sains Malaysia
VISI
Menjadi peneraju infrastruktur elektrik kampus yang pintar, lestari dan boleh dipercayai.
MISI
Menjamin bekalan elektrik yang stabil dan selamat melalui pengurusan fasiliti elektrik bersepadu, inovasi tenaga boleh baharu serta sokongan kepada ekosistem akademik dan penyelidikan USM.
Teras Strategik
Infrastruktur Elektrik & Penyelenggaraan
Memperkasa penyelenggaraan ramalan, keselamatan aset dan kesinambungan bekalan elektrik bagi fasiliti kritikal.
Pengurusan Projek Cekap
Memastikan projek ubah suai dan bina baharu dilaksanakan mengikut tempoh, spesifikasi, tatakelola serta prinsip kecekapan tenaga.
Kampus Pintar & Automasi
Memodenkan sistem Building Automation System (BAS), mengintegrasikan teknologi IoT dan menyediakan pemantauan penggunaan tenaga secara masa nyata.
Tenaga Solar & Kelestarian
Memperluas penggunaan Solar PV dan integrasi sistem penyimpanan tenaga (BESS) bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan Permintaan Maksima (MD).
KPI Utama
- 80% pembaikan disiapkan mengikut tempoh dan peruntukan.
- 80% projek disiapkan mengikut tempoh, spesifikasi hijau dan peruntukan yang ditetapkan.
- Sistem BAS bersepadu dengan pemantauan masa nyata.
- Penjanaan Solar PV sehingga 70% dan pengurangan MD sehingga 30%.
Pembangunan Bakat
Memperkasa kompetensi warga Seksyen Kejuruteraan Elektrik melalui latihan berterusan serta pengiktirafan profesional dan kompetensi daripada Lembaga Jurutera Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga.
SEKSYEN KEJURUTERAAN AWAM
Pelan Strategik
Seksyen Kejuruteraan Awam
Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti • Universiti Sains Malaysia
VISI
Menjadi unit yang cekap, responsif dan berintegriti dalam menyokong pengurusan serta penyampaian perkhidmatan awam USM.
MISI
- Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas dan mesra pelanggan.
- Memperkukuh tadbir urus, integriti dan pematuhan peraturan.
- Meningkatkan kecekapan warga kerja melalui pendigitalan dan pembangunan kompetensi.
- Memperkasa kerjasama antara seksyen serta pihak berkepentingan.
Teras Strategik
Kecemerlangan Perkhidmatan
Mempercepat dan menyeragamkan proses kerja bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Pendigitalan
Mengurangkan proses manual serta penggunaan dokumen fizikal melalui pendigitalan proses utama.
Tadbir Urus & Integriti
Memperkukuh pematuhan, kawalan dalaman dan akauntabiliti dalam pengurusan.
Pembangunan Warga
Meningkatkan kompetensi, produktiviti dan profesionalisme warga kerja.
Pengurusan Data & Prestasi
Memperkasa penggunaan data dan pemantauan prestasi bagi menyokong keputusan yang berkesan.
Kepuasan Pemegang Taruh
Meningkatkan pengalaman pelanggan melalui perkhidmatan dan komunikasi yang berkualiti.
Inisiatif Utama
Jangka Pendek (0–6 bulan)
Pemetaan proses kerja, penetapan SLA, pembangunan dashboard KPI, kajian kepuasan pelanggan dan penyeragaman SOP.
Jangka Sederhana (6–18 bulan)
Pendigitalan proses berimpak tinggi, automasi pemantauan KPI, peningkatan kompetensi staf dan penambahbaikan sistem maklum balas.
Jangka Panjang (18–36 bulan)
Membangunkan Seksyen Awam berasaskan data dan digital, mengintegrasikan sistem serta pangkalan data, dan membudayakan penambahbaikan berterusan serta kerja berprestasi tinggi.
Hala Tuju
Pelan Strategi Seksyen Awam JPPF memberi fokus kepada perkhidmatan yang cekap, pendigitalan, tadbir urus berintegriti, pembangunan warga kerja dan kepuasan pemegang taruh bagi menyokong penyampaian perkhidmatan JPPF yang lebih berkualiti dan berkesan.
SEKSYEN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Pelan Strategik
Seksyen Kejuruteraan Mekanikal
Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) • Universiti Sains Malaysia
VISI
Menjadi peneraju dalam pengurusan sistem dan infrastruktur mekanikal universiti yang bersepadu, selamat, berprestasi tinggi dan lestari.
MISI
Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal yang profesional, berkualiti dan berkesan bagi memastikan fasiliti universiti sentiasa berfungsi dengan baik serta menyokong kecemerlangan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan operasi universiti.
6 Teras Strategik
Keberkesanan Operasi & Kebolehpercayaan Sistem
Memperkukuh penyelenggaraan sistem mekanikal dan kenderaan secara sistematik, berjadual dan proaktif.
Transformasi Pengurusan Projek Mekanikal
Melaksanakan projek pembangunan, naik taraf dan ubah suai secara terancang, berkualiti, berasaskan data dan memberi nilai terbaik sepanjang kitar hayat aset.
Keselamatan, Pematuhan & Tadbir Urus Kejuruteraan
Memastikan pengurusan serta operasi sistem dan infrastruktur mekanikal mematuhi aspek keselamatan, perundangan, standard teknikal serta tadbir urus kejuruteraan.
Pengurusan Aset & Infrastruktur Berasaskan Kitar Hayat
Memperkukuh pengurusan aset mekanikal dan kenderaan melalui rekod yang sistematik, pemeriksaan berkala, penilaian kondisi dan pematuhan kepada tatacara pengurusan aset universiti.
Kelestarian & Kecekapan Tenaga
Mengkaji dan melaksanakan teknologi cekap tenaga serta amalan kejuruteraan lestari bagi mengoptimumkan kecekapan tenaga ke arah penjimatan kos operasi.
Pembangunan Kompetensi, Inovasi & Kepakaran
Membangunkan warga Seksyen Mekanikal yang kompeten, profesional dan inovatif melalui latihan, pensijilan, perkongsian ilmu, mentoring serta kerjasama industri.