Skip to main content

JABATAN PEMBANGUNAN & PENGURUSAN ASET | UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

 

Kata Aluan, Pengarah, JPPF@USM

Encik Mohd Salmi Bin Ismail

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) Universiti Sains Malaysia (USM) bertanggungjawab menerajui perancangan strategik, pembangunan fizikal serta pengurusan fasiliti universiti secara menyeluruh merangkumi kampus induk dan cawangan kampus.

Operasi & Pembangunan

Peranan ini meliputi penyelarasan pelaksanaan projek pembangunan, pengurusan aset dan fasiliti, serta pemantauan operasi jabatan bagi memastikan persekitaran kampus sentiasa kondusif, selamat dan berdaya saing.

Pengarah turut memastikan keseragaman dasar, pematuhan kepada peraturan, serta pengagihan sumber yang optimum di semua lokasi.

Tadbir Urus & KPI

Selain itu, Pengarah juga berperanan memperkukuh tadbir urus, memacu prestasi organisasi melalui pemantauan KPI, serta menggalakkan penambahbaikan berterusan.

Langkah ini merangkumi perkongsian amalan terbaik antara cawangan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi.

Kata Aluan, Timbalan Pengarah, JPPF@USM

Timbalan Pengarah (Projek)
Encik Shahrulnizam Bin Mohamad Nor
Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

Bahagian Pengurusan Projek (BPP) merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti, USM yang bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan fizikal kampus. Skop peranan BPP merangkumi projek pembinaan baharu, kerja-kerja naik taraf serta ubah suai fasiliti sedia ada, selaras dengan keperluan strategik universiti.

BPP tidak terlibat dalam pengurusan penyelenggaraan fasiliti, sebaliknya memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek secara menyeluruh bermula daripada peringkat perancangan, reka bentuk, perolehan sehingga pemantauan pelaksanaan projek.

Unit Seni Bina Unit Kejuruteraan Awam Unit Kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal Unit Ukur Bahan

Setiap unit diketuai oleh profesional dalam bidang masing-masing bagi memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut piawaian teknikal, kos dan masa yang ditetapkan. BPP diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah yang memastikan tadbir urus projek yang cekap, telus dan berkesan.

Timbalan Pengarah (Fasiliti)
Encik Zairil Azhar Bin Zainol
Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF)

Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) memainkan peranan penting dalam menyokong kelancaran operasi universiti melalui pengurusan fasiliti yang sistematik, cekap dan berkesan. BPF bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal yang berteraskan DASAR PENGURUSAN FASILITI JPPF bagi memastikan kemudahan universiti sentiasa kondusif, selamat, selesa dan berfungsi dengan baik.

Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Mekanikal Kejuruteraan Elektrik

BPF memastikan sistem penyampaian dilaksanakan secara menyeluruh bagi mencapai tahap kemampanan tertinggi selaras dengan hasrat “MELESTARIKAN KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN” secara jujur dan berintegriti. BPF komited memperkasakan pengurusan fasiliti dan infrastruktur secara holistik demi persekitaran pembelajaran yang berkualiti dan mampan.

Timbalan Pendaftar
Encik Muhamad Tarmizi Bin Rahim
Bahagian Pentadbiran

Bahagian Pentadbiran merupakan komponen penting di bawah JPPF, USM yang berperanan menyokong usaha universiti menyediakan persekitaran kampus yang kondusif, selamat dan futuristik. Bahagian ini menguruskan penyelarasan ruang dan bangunan, perolehan, sebut harga, pengubahsuaian ruang, logistik majlis rasmi serta kebersihan persekitaran pentadbiran.

Dalam aspek infrastruktur, bahagian ini menyediakan sistem aduan seperti DV3@JPPF untuk penyelesaian isu fasiliti yang pantas serta pengurusan aset yang sistematik.

Selain itu, Bahagian Pentadbiran turut menguruskan hal ehwal sumber manusia, operasional kenderaan, landskap, kawalan kewangan serta latihan kakitangan berterusan demi memastikan tadbir urus yang telus dan berintegriti.

PIAGAM PERKHIDMATAN

PIAGAM PERKHIDMATAN

Bahagian Pengurusan Projek

Penyediaan Cadangan Reka Bentuk Dan Spesifikasi

BPP akan menyediakan cadangan reka bentuk awal dan/atau spesifikasi teknikal berdasarkan keperluan pengguna serta skop projek yang dipersetujui dalam tempoh seperti berikut:

i. 14 Hari Bekerja

Bagi projek berskala kecil atau skop yang jelas dan tidak kompleks.

ii. 21 Hari Bekerja

Bagi projek berskala sederhana.

iii. 30 Hari Bekerja

Bagi projek berskala besar atau kompleks yang memerlukan penyelarasan antara disiplin dan sekolah lanjut.

Nota: Tempoh ini adalah tertakluk kepada penerimaan maklumat lengkap daripada pihak pemohon/ PTJ serta keperluan penyelarasan teknikal.

Latar Belakang


Jabatan Pembangunan diwujudkan pada asalnya sebagai Bahagian Perkhidmatan Teknikal di bawah Pejabat Bendahari pada tahun 1971. Ketika itu Universiti Sains Malaysia masih baru ditubuhkan iaitu pada tahun 1969. Akibat dari kepesatan perkembangan Universiti serta pembangunan fizikal , pada tahun 1973 Jabatan Pembangunan diwujudkan sebagai sebuah jabatan tersendiri. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jurutera dan jawatan tersebut ditukan kepada Pengarah Pembangunan pada tahun 1983.

Cawangan Jabatan Pembangunan Kampus Kubang Kerian, Kelantan ditubuhkan pada tahun 1982 dan Cawangan Jabatan Pembangunan Kampus Perak pada 1986 Bandar Sri Iskandar, Ipoh Perak. Pada tahun 2001 kampus ini sekali lagi dipindahkan ke kawasan baru iaitu di Transkrian , Nibong Tebal Pulau Pinang.

Jabatan Pembangunan Cawangan Kampus Kubang Kerian, Kelantan merupakan cawangan pertama diwujudkan. Cawangan ini bertanggungjawab pada awalnya mengambil alih Hospital Kubang Kerian dari pihak Jabatan Kerja Raya dan kemudiannya diikuti dengan pembinaan bangunan Pusat Pengajian Sains Perubatan. Pada tahun 2001 kampus cawangan Kelantan telah disebut sebagai Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia.

Pada tahun 1986 cawangan Jabatan Pembanguan yang kedua telah ditubuhkan di Kampus Cawangan Perak. Cawangan ini pada awalnya bertanggungjawab mengambil alih dan mengubahsuai bangunan lama Majlis Perbandaran Ipoh untuk dijadikan kampus sementara sebelum pimbinaan kampus tetap di Bandar Sri Iskandar. Kampus ini sekali lagi berpindah ke kampus baru yang bersempadanan 3 negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah pada tahun 2001. Kini kampus ini disebut sebagai Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.

Objektif


Untuk mencapai hasrat Universiti dalam memberi perkhidmatan yang efisien dan memastikan pencapaian dan perjalanan setiap aktiviti yang dirancangan berjalan dengan lancar dan efektif. Mampu bertindak kearah pencapaian matlamat Jabatan sejajar dengan perkembangan pesat Universiti.
Memenuhi keperluan ruang yang kian meningkat dan menepati fungsi yang dikehendaki.

  • Memastikan persekitaran yang selari dengan falsafah kampus sejahtera.

  • Menyediakan kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan bangunan yang baik dan efisien dan menjurus kampus futuristik.

  • Menyediakan fasiliti dan perkhidmatan sokongan yang berkualiti 
    Pembangunan berfungsi, selamat, indah & pintar.

  • Mengamalkan budaya pengurusan kerja yang berkualiti demi kepuasan pelnggan.

  • Mematapkan struktur organisasi Jabatan Teknikal.

  • Memantapkan pengurusan pembangunan berasaskan pengetahuan dan pengalaman serta penempuan dalam merealisasikan hasrat jabatan dalam memperkukuhkan pengurusan aktiviti-aktiviti bahagian-bahagian.

  • Pengurusan dan rangkaian organisasi yang proaktif dan tersusun.

  • Membina personality staf Pembangunan yang positif dan berketrampilan
    Pengurusan modal insan yang cekap dan berkesan.

  • Menerap dan mengkaji garis panduan EPU untuk pembangunan IPT.

  • Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan dan penyelenggaraan seperti CMMS, BEAMS dan sebagainya

Skop


Jabatan Pembangunan merupakan jabatan yang bertanggungjawab secara langsung merancang, mengurus, mentadbir, mengawas, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan fizikal, prasarana, ubahsuaian dan penyelenggaraan hartanah Universiti. Jabatan ini juga berperanan berurusan secara terus dengan agensi-agensi luar seperti pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, JBE, Telekom, TNB dan Majlis Perbandaran, Jabatan Parit dan Saliran , Indah Water Konsortium dan sebagainya.

Selaras dengan kepesatan perkembangan Universiti peranan dan skop Jabatan ini turut bertambah kepada merancang, mengurus dan melaksana pembangunan hartanah Universiti serta penyediaan perkhidmatan dan kemudahan selain dari kerja-kerja penyelenggaraan.

Kepesatan pembangunan hartanah Universiti yang dirancang samada dari sudut pembinaan pembangunan baru , prasarana dan ubahsuaian bangunan yang sedia ada adalah sejajar dengan perkembangan program akademik. Ini dapat memastikan skop Jabatan mencakupi semua aktiviti yang dirancangkan supaya masyarakat universiti dapat manfaat sepenuhnya serta perjalanan universiti sempurna dan baik.


Perkhidmatan

Jabatan Pembangunan bertanggungjawab dalam pemberian perkhidmatan berkalan serta penyediaan fasiliti kepada seluruh masyarakat Universiti. Ia merangkumi penyediaan kemudahan asas infrastruktur seperti bekalan elektrik, air, sistem pendingin hawa, sistem pencegah kebakaran, telefon, pembentungan dan keperluan-keperluan bagi majlis-majlis resmi Universiti.

Hasil perkembangan pesat Universiti dari tahun ke tahun perkhidmatan Jabatan ini turut berubah dan bertambah. Kini jabatan ini secara langsung merancang, mengurus, mentadbir, mengawas, menyelaras serta melaksanakan projek pembangunan fizikal dan prasarana, ubahsuaian dan penyelenggaraan hartanah Universiti. Dalam melaksanakan perkhidmatan yang efisien, jabatan ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-

  • Bahagian Pengurusan Pentadbiran dan Fasiliti.

  • Bahagian Keindahan dan Kesejahteraan Kampus.

  • Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Fasiliti [Elektrikal].

  • Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Fasiliti [Mekanikal].

  • Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Fasiliti [Awam].

  • Bahagian Senibina, Perancangan dan Lanskap.

  • Bahagian Pengurusan Projek dan Kontrak