Sesi Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Senibina JA5 & Pelukis Pelan (Senibina) JA1 Kontrak Tidak Berwaran Berjalan Lancar di JPPF
Gelugor — Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (JPPF) hari ini telah menjalankan sesi temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Senibina JA5 (Kontrak Tidak Berwaran) dan Pelukis Pelan (Senibina) JA1 (Kontrak Tidak Berwaran).
Sesi temuduga tersebut telah dihadiri oleh seramai 4 orang calon yang disenarai pendek, di mana mereka telah dinilai secara terperinci bagi melihat kelayakan serta kebolehan masing-masing dalam bidang seni bina.
Proses penilaian dijalankan secara profesional oleh panel temuduga seramai 5 orang panel, termasuk wakil daripada Bahagian Sumber Manusia (HR). Sesi ini dipengerusikan oleh Encik Nazri Ahmad.
Senarai Panel Temuduga & Urusetia:
- Pengerusi: Encik Nazri Ahmad
- Panel (Bahagian Pengurusan Projek): Encik Shahrulnizam Mohamad Nor
- Panel (Seksyen Seni Bina): Puan Nur Amira Abdul Aziz
- Panel (Sumber Manusia / HR): Encik Ahmad Faiz Badiozaman
- Setiausaha: Puan Umi Kalsom Karim
Sesi temuduga ini berjalan dengan lancar dan berdisiplin, di mana para calon diberi peluang membentangkan portfolio serta menjawab soalan-soalan teknikal dan pengurusan yang dikemukakan oleh jawatankuasa panel.
Pihak pengurusan JPPF mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua calon yang hadir, dan berharap agar calon yang terpilih kelak dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta menyumbang kepada pembangunan jabatan.






































