JABATAN PEMBANGUNAN & PENGURUSAN ASET | Universiti Sains Malaysia |

Latar Belakang

Jabatan Pembangunan diwujudkan pada asalnya sebagai Bahagian Perkhidmatan Teknikal di bawah Pejabat Bendahari pada tahun 1971. Ketika itu Universiti Sains Malaysia masih baru ditubuhkan iaitu pada tahun 1969. Akibat dari kepesatan perkembangan Universiti serta pembangunan fizikal , pada tahun 1973 Jabatan Pembangunan diwujudkan sebagai sebuah jabatan tersendiri. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jurutera dan jawatan tersebut ditukan kepada Pengarah Pembangunan pada tahun 1983.

Cawangan Jabatan Pembangunan Kampus Kubang Kerian, Kelantan ditubuhkan pada tahun 1982 dan Cawangan Jabatan Pembangunan Kampus Perak pada 1986 Bandar Sri Iskandar, Ipoh Perak. Pada tahun 2001 kampus ini sekali lagi dipindahkan ke kawasan baru iaitu di Transkrian , Nibong Tebal Pulau Pinang.

Jabatan Pembangunan Cawangan Kampus Kubang Kerian, Kelantan merupakan cawangan pertama diwujudkan. Cawangan ini bertanggungjawab pada awalnya mengambil alih Hospital Kubang Kerian dari pihak Jabatan Kerja Raya dan kemudiannya diikuti dengan pembinaan bangunan Pusat Pengajian Sains Perubatan. Pada tahun 2001 kampus cawangan Kelantan telah disebut sebagai Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia.

Pada tahun 1986 cawangan Jabatan Pembanguan yang kedua telah ditubuhkan di Kampus Cawangan Perak. Cawangan ini pada awalnya bertanggungjawab mengambil alih dan mengubahsuai bangunan lama Majlis Perbandaran Ipoh untuk dijadikan kampus sementara sebelum pimbinaan kampus tetap di Bandar Sri Iskandar. Kampus ini sekali lagi berpindah ke kampus baru yang bersempadanan 3 negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah pada tahun 2001. Kini kampus ini disebut sebagai Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.

Objektif

Untuk mencapai hasrat Universiti dalam memberi perkhidmatan yang efisien dan memastikan pencapaian dan perjalanan setiap aktiviti yang dirancangan berjalan dengan lancar dan efektif. Mampu bertindak kearah pencapaian matlamat Jabatan sejajar dengan perkembangan pesat Universiti.
Memenuhi keperluan ruang yang kian meningkat dan menepati fungsi yang dikehendaki.

  • Memastikan persekitaran yang selari dengan falsafah kampus sejahtera.

  • Menyediakan kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan bangunan yang baik dan efisien dan menjurus kampus futuristik.

  • Menyediakan fasiliti dan perkhidmatan sokongan yang berkualiti 
    Pembangunan berfungsi, selamat, indah & pintar.

  • Mengamalkan budaya pengurusan kerja yang berkualiti demi kepuasan pelnggan.

  • Mematapkan struktur organisasi Jabatan Teknikal.

  • Memantapkan pengurusan pembangunan berasaskan pengetahuan dan pengalaman serta penempuan dalam merealisasikan hasrat jabatan dalam memperkukuhkan pengurusan aktiviti-aktiviti bahagian-bahagian.

  • Pengurusan dan rangkaian organisasi yang proaktif dan tersusun.

  • Membina personality staf Pembangunan yang positif dan berketrampilan
    Pengurusan modal insan yang cekap dan berkesan.

  • Menerap dan mengkaji garis panduan EPU untuk pembangunan IPT.

  • Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan dan penyelenggaraan seperti CMMS, BEAMS dan sebagainya

Skop

Jabatan Pembangunan merupakan jabatan yang bertanggungjawab secara langsung merancang, mengurus, mentadbir, mengawas, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan fizikal, prasarana, ubahsuaian dan penyelenggaraan hartanah Universiti. Jabatan ini juga berperanan berurusan secara terus dengan agensi-agensi luar seperti pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, JBE, Telekom, TNB dan Majlis Perbandaran, Jabatan Parit dan Saliran , Indah Water Konsortium dan sebagainya.

Selaras dengan kepesatan perkembangan Universiti peranan dan skop Jabatan ini turut bertambah kepada merancang, mengurus dan melaksana pembangunan hartanah Universiti serta penyediaan perkhidmatan dan kemudahan selain dari kerja-kerja penyelenggaraan.

Kepesatan pembangunan hartanah Universiti yang dirancang samada dari sudut pembinaan pembangunan baru , prasarana dan ubahsuaian bangunan yang sedia ada adalah sejajar dengan perkembangan program akademik. Ini dapat memastikan skop Jabatan mencakupi semua aktiviti yang dirancangkan supaya masyarakat universiti dapat manfaat sepenuhnya serta perjalanan universiti sempurna dan baik.

Perkhidmatan

Jabatan Pembangunan bertanggungjawab dalam pemberian perkhidmatan berkalan serta penyediaan fasiliti kepada seluruh masyarakat Universiti. Ia merangkumi penyediaan kemudahan asas infrastruktur seperti bekalan elektrik, air, sistem pendingin hawa, sistem pencegah kebakaran, telefon, pembentungan dan keperluan-keperluan bagi majlis-majlis resmi Universiti.

Hasil perkembangan pesat Universiti dari tahun ke tahun perkhidmatan Jabatan ini turut berubah dan bertambah. Kini jabatan ini secara langsung merancang, mengurus, mentadbir, mengawas, menyelaras serta melaksanakan projek pembangunan fizikal dan prasarana, ubahsuaian dan penyelenggaraan hartanah Universiti. Dalam melaksanakan perkhidmatan yang efisien, jabatan ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-

  • Bahagian Pengurusan Pentadbiran dan Fasiliti.

  • Bahagian Keindahan dan Kesejahteraan Kampus.

  • Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Fasiliti [Elektrikal].

  • Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Fasiliti [Mekanikal].

  • Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Fasiliti [Awam].

  • Bahagian Senibina, Perancangan dan Lanskap.

  • Bahagian Pengurusan Projek dan Kontrak

  • Hits: 19226

Hubungi Kami

JABATAN PEMBANGUNAN DAN
PENGURUSAN ASET
Universiti Sains Malaysia
11800 Gelugor
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +6(04) 653 2700    
Fax : +6(04) 658 7688 

Hotline : ext 2700 

Penafian

Jabatan Pembangunan USM tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.

@ 2015 Jabatan Pembangunan USM
Jabatan Pembangunan Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang Malaysia